Telegram Group & Telegram Channel
#KoleksiTokAwangNgahBab130

KEPALA MENGHERET TALI PERUT

(Bab 130 bahagian 1)

SUDAH kerapkali diamat-amati memang Lebai Timin cam benar isterinya tidak akan menjamah daging atau ikan selepas dia bidankan orang bersalin. Kadangkala sampai lebih sebulan Anjang Tiamah hanya makan sayur-sayur sahaja. Kalau Lebai Timin mahu menyembelih ayam cepat sahaja dia membantah.

Jangan cuba Lebai Timin berdegil mahu menyembelih ayam, nescaya Anjang Tiamah tidak akan sentuh langsung. Dia akan tinggalkan Lebai Timin memasak sendiri, sampai dua tiga hari baru balik ke rumah. Anjang Tiamah akan ke rumah anaknya Sahak Domeh biar Lebai Timin terkial-kial seorang diri memasak ayam yang disembelih

Tahu sangat Lebai Timin memang sudah menjadi pantang Anjang Tiamah asal dia membidankan perempuan bersalin, dia tidak akan menjamah makanan yang berdarah sama ada ikan, daging atau ayam. Dia sekadar menjamah sayur-sayur sahaja dengan direbus celur air.

"Loya tekak aku," beritahu Tiamah sekiranya Sahak Domeh sengaja mendesak.

Setelah lebih sebulan bidankan orang, memang Anjang Tiamah tidak membantah. Kadangkala dia sendiri mendesak Lebai Timin sembelih ayam dara tengah naik tubuh. Tidak perlu lagi Lebai Timin bantu memasak di dapur kalau setakat masak rendang campur kerisik.

"Huuh, geli gelemam aku!" ujar Anjang Tiamah apakala tercium bau hanyir darah, setelah dia bidankan orang mahu pula memasak ikan atau daging. Mudah sahaja dia muntah terjeluih kalau gagahi juga mendekati ikan mahu disiang.

Sahak Domeh tidak peduli sangat kalau emaknya datang bertandang ke rumahnya kalau sekadar marahkan ayahnya. Dia sendiri akan memujuk ayahnya supaya tidak mendesak Anjang Tiamah memasak barang yang berdarah. Tentu emaknya terjeluih muntah apabila kenangkan uri tembuni yang keluar tatkala dia menyambut bayi lahir.

Jangan katakan emaknya sahaja, Sahak Domeh sendiri boleh muntah terjeluih apabila kenangkan bau hanyir uri tembuni itu. Sebab itu dia tidak peduli sangat tabiat emaknya tidak mahu menjamah makanan gulai ikan, daging atau ayam. Apalah salahnya Anjang Tiamah makan sayur-sayur rebus celur air sahaja.

Anjang Tiamah lebih berselera makan nasi dengan sayur masak rebus celur air dan cecah sambal lada tumbuk sahaja, setelah loya tercium bau hanyir uri tembuni tatkala bidankan orang. Siapa pun tidak boleh melarang dengan keputusannya.

Tetapi Lebai Timin tidak percaya dengan alasan isterinya mudah muntah terjeluih akibat tercium bau hanyir darah. Lantas sahaja dia menuduh Anjang Tiamah amalkan amalan yang menyebabkan dia terikat dengan pantang larang. Disebabkan pantang larang amalan itulah Anjang Tiamah tidak boleh menjamah masakan berdarah selepas bidankan orang.

"Kalau amalan salah tinggalkan aje!" rungut Lebai Timin setelah beberapa kali cam dengan sikap isterinya. Dia dapat mengagak tentu Anjang Tiamah amalkan amalan selepas dia mengambil keputusan untuk berbidan. Semasa berkahwin dengan Lebai Timin tidak pernah Anjang Tiamah mahu bidankan sesiapa pun hinggalah neneknya Bidan Suh meninggal dunia.

Selepas Bidan Suh meninggal dunia memang seisi kampung harapkan Anjang Tiamah. Kalau tidak didesak orang kampung Anjang Tiamah sendiri tidak mahu menjadi bidan. Tetapi memang orang kampung tahu banyak petua yang diturunkan oleh Bidan Suh kepada cucunya itu kalau mahu teruskan niat baiknya menjadi bidan di dalam kampung.

Suaminya Lebai Timin juga benarkan dia membantu orang-orang kampung mahu bersalin. Lagi pun bukan selalu orang bersalin, sampai menganggu Anjang Tiamah. Penduduk dalam kampung masa itu sekadar sepuluh atau lima belas keluarga sahaja, Kadangkala sampai setahun lebih pun belum tentu ada orang menjemput bidankan perempuan mengandung. Apalah salahnya Anjang Tiamah teruskan amalan dan petua arwah neneknya Bidan Suh.

Sebaik sahaja Lebai Timin benarkan dia menjadi bidan, bukan takat orang-orang kampungnya sahaja harapkan pertolongan dia, malah orang dari kampung lain juga datang menjemput. Sebab itu Lebai Timin tidak dapat mengikut isterinya ke mana sahaja apabila dijemput bidankan orang.

tg-me.com/BercakapDenganJin/6073
Create:
Last Update:

BY Kisah Seram www.tg-me.com/us/Kisah Seram t me BercakapDenganJin/com.BercakapDenganJin

Warning: Undefined variable $i in /var/www/tg-me/post.php on line 280

Share with your friend now:
tg-me.com/BercakapDenganJin/6073

View MORE
Open in Telegram

Kisah Seram t me BercakapDenganJin Telegram | DID YOU KNOW?

Date: |

Look for Channels Online

You guessed it – the internet is your friend. A good place to start looking for Telegram channels is Reddit. This is one of the biggest sites on the internet, with millions of communities, including those from Telegram.Then, you can search one of the many dedicated websites for Telegram channel searching. One of them is telegram-group.com. This website has many categories and a really simple user interface. Another great site is telegram channels.me. It has even more channels than the previous one, and an even better user experience.These are just some of the many available websites. You can look them up online if you’re not satisfied with these two. All of these sites list only public channels. If you want to join a private channel, you’ll have to ask one of its members to invite you.

Why Telegram?

Telegram has no known backdoors and, even though it is come in for criticism for using proprietary encryption methods instead of open-source ones, those have yet to be compromised. While no messaging app can guarantee a 100% impermeable defense against determined attackers, Telegram is vulnerabilities are few and either theoretical or based on spoof files fooling users into actively enabling an attack.

Kisah Seram t me BercakapDenganJin from us

Telegram Kisah Seram www.tg-me.com/us/Kisah Seram t me BercakapDenganJin/com.BercakapDenganJin
FROM USA